Peranan guru dalam memperkembangkan konsep geometri murid pada
amnya terbahagi kepada 4 iaitu:
- Menentukan aras pemikiran geometri murid
di mana guru seharusnya berupaya menentukan tahap pemikiran geometri murid.
Dengan itu guru boleh merangka aktiviti pembelajaran dengan lebih baik dan
teratur.
- Menstruktur proses pembelajaran geometri murid
supaya objektif pembelajaran mudah untuk dicapai. Guru harus menyediakan
suatu pengajaran yang berkesan dan meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap murid. Murid dibenarkan melakukan peneroka sendiri seterusnya
mengaitkan hasil penerokaan mereka dengan persekitaran dan melalui pengalaman
sedia ada.
- Murid diberi kebebasan berinteraksi dengan soalan.
Murid boleh mengemukakan soalan atau bertanya dalam memahami konsep. Murid
juga boleh berinteraksi sesama murid dan pada masa yang sama guru memberi
respon yang baik kepada mereka. Murid diberi peluang menyumbangkan idea
mereka, guru menerima apa sahaja pendapat mereka disamping memberikan
tunjuk ajar bagaimana hendak memberikan pendapat dan idea.
- Guru membuat penilaian dengan menggunakan strategi penilaian alternatif
seperti penglibatan sepenuhnya murid didalam penyediaan tugasan, murid
mengambil bahagian pada setiap tugasan, perbincangan kumpulan,
sumbangsaran dan sebagainya. Dengan ini
murid dan guru mampu menjadikan
matematik itu lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment