Rancangan Mengajar
Tarikh: 10.Oktober 2011
Masa: 7.45 am – 8.25 am (40 minit)
Kelas: Tingkatan 1Alpha
Pelajar: 30 orang
Subjek: Matematik
Topik: Geometri Pepejal
Bidang pembelajaran: Geometri pepejal
Objektif pembelajaran: Pelajar akan diajar
i) Memahami sifat-sifat geometri kiub dan kuboid.
Hasil pembelajaran: Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat
i) Membuat model kiub dengan menggabungkan permukaan diberi.
Pengalaman sedia ada: Pelajar pernah melihat bentuk-bentuk kiub dan kuboid.
Nilai-nilai murni: Teliti, berkongsi idea, bekerjasama, adil, berhati-hati, kerja berpasukan.
Bahan bantu belajar: Puzzle pecahan geometri, kad manila yang sama ukuran, gunting, pita pelekat, pensil, kertas kosong, komputer riba, projektor, perisian Geometer’s Sketchpad (GSP).
Langkah/masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran | Catatan |
1. Set Induksi 5 minit | Simulasi | 1. Guru mengeluarkan puzzle pecahan geometri, dan meminta pelajar meneka nama alat tersebut. 2. Guru memilih pelajar secara rawak dan meminta setiap pelajar mengambil satu banhan bantu belajar di atas meja guru. 3. Pelajar diminta meletakkannya ke dalam petak yang disediakan. 4. Guru dan pelajar berbincang tentang alatan yang diguna. 5. Guru menerangkan hubungan puzzle tersebut dengan isi pelajaran. | Puzzle pecahan geometri |
2. Pengenalan 10 minit | Pengenalan | 1. Guru menunjukkan sebuah kiub kepada pelajar. 2. Guru menegaskan kiub tersebut dibina daripada 6 keping permukaan yang sama. 3. Guru menanggalkan permukaan tersebut dan meletakkannya di atas meja. 4. Guru melukis lakaran yang terbentuk di papan hitam. 5. Guru meminta pelajar memberi perhatian terhadap lakar tersebut. | Kiub |
3 Aktiviti berkumpulan 15 minit | Membuat model kiub dengan menggabungkan lakaran diberi | 1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan berlima. 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 6 keping kad manila yang sama ukuran, pita perekat, sehelai kertas kosong dan gunting. 3. Setiap kumpulan diminta menggabungkan kad-kad tersebut agar menjadi sebuah kiub, kemudian, kiub tersebut dileraikan satu-persatu untuk membuat bentangan. 4. Setiap kumpulan dikehendaki melukiskan bentangan tersebut di atas kertas. 5. Kemudian mereka diminta melakarkan sebanyak yang mungkin bentangan untuk sebuah kiub. 6. Kumpulan terpantas dengan bentangan yang banyak dan betul dikira pemenang. 7. Guru dan pelajar berbincang lakaran bentangan yang terdapat pada sebuah kuib. | Bahan Bantu Belajar |
6. Penutup 10 minit | Rumusan | 1. Guru dan pelajar berbincang tentang bentangan dan sifat-sifat yang terdapat pada sebuah kiub dengan bantuan perisian GSP dan menggunakan paparan projektor. 2. Pelajar ditunjukkan aktiviti asas membina kiub dan kuboid berbantukan perisian GSP menggunakan paparan projektor. 3. Sebagai kerja rumah, pelajar diminta untuk membuat beberapa lakaran bentangan bagi sebuah kuboid di dalam buku latihan masing-masing. | GSP |
No comments:
Post a Comment