Matematik oh Matematik
Para pendidik, ibubapa, maupun ahli politik
bertungkus lumus menilai punca bagi kelemahan yang ketara di bidang matematik,
dan mencari penyelesaian kepada masalah. Guru di semua peringkat memainkan
peranan penting dalam menangani permasalahan matematik dengan mempercayai
bahawa murid mereka boleh mencapai kejayaan dalam matematik.
Dapat
menghabiskan sukatan pelajaran tidak bererti guru itu dapat memberikan
pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna, hakikatnya pelajar perlu memahami
serta menguasai topik diajar. Guru perlu mengambil kira segala aspek dengan
harapan objektif P & P berjalan lancar.
Guru
perlu mengenalpasti punca utama masalah yang sering menjadi isu global ini.
Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri atau
kesedaran baru yang timbul daripada pengalaman yang mungkin boleh dimanfaatkan
semasa menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Guru
seharusnya
memiliki kemahiran mengajar yang tinggi dan sistematik agar dapat mewujudkan
pemikiran kognitif murid-murid seterusnya menerapkannya kepada mereka agar
lebih mahir dalam penyelesaian masalah Matematik. Kepentingan menguasai
matematik
bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan bahkan ia amat berguna dalam
kerjaya yang diingini dalam kehidupan seharian mereka.
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa matematik menjadi ‘killer subject’ kepada
sebahagian pelajar. Kebimbangan matematik (anxiety) merupakan salah satu
permasalahan yang sering diperkatakan umum apabila mereka terlibat secara
langsung atau tidak langsung dengan peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian
Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan apa jua
peperiksaan yang setara. Ibubapa tidak melepaskan peluang memberi anak-anak
mereka menghadiri kelas-kelas tambahan, seminar peperiksaan dan bahan tambahan
malahan makanan tambahan yang bervitamin dengan harapan anak mereka mampu
bergerak seiring dengan pelajar cerdik matematik.
Contoh,
dalam topik Kadar Perubahan, ia memerlukan kotmitmen yang tinggi pelajar dan
guru. Kesemua aspek permasalahan perlu diteliti dan ditangani dengan sempurna
agar sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan seperti
diinginkan.
Namun
sebagai seorang guru matematik yang terlibat secara langsung memberi didikan
dan pengajaran matematik di dalam bilik darjah, saya terpanggil untuk
menyuarakan kekuatan dan kelemahan yang sering dilakukan oleh guru. Terdapat
kaedah penyampaian yang kurang berkesan, membosankan, tidak menarik dan kurang
bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran.
Apakah
yang mampu difikirkan oleh seorang guru tentang masa yang sesuai dengan sesuatu
sesi P & P? Kita sedar bahawa waktu tengah hari memerlukan guru menyediakan
lebih banyak aktiviti ‘istemewa’ yang mampu memberi peluang kepada pelajar
menumpukan perhatian serta mengelakkan mereka tertidur sewaktu sesi P & P
berlangsung. Aplikasi PowerPoint, gambarajah dan animasi video berupaya
menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.
Kepentingan
pengurusan masa yang efisien memberi ruang kepada guru dalam penumpuan untuk menghabiskan
sukatan mata pelajaran berbanding pemahaman pelajar terhadap topik. Guru perlu bijak
mengimbangi faktor kekangan masa dan pertindanan kelas dengan aktiviti lain
yang melibatkan pelajar dan guru.
Persekitaran
yang kondusif, dan sikap pelajar juga perlu di beri perhatian agar pelajar
berpeluang menimba seberapa banyak pengetahuan sepanjang sesi P & P
berlangsung. Bukan hanya mendapat input yang sepatutnya tetapi pelajar
menguasai sepenuhnya sesuatu topik. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P
& P berjalan dengan lancar dan berkesan. Penglibatan pelajar secara
menyeluruh dengan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil, memberi
ruang dan peluang pelajar mengalami sendiri aktiviti semasa P & P.
Namun
demikian, mereka seharusnya membuat persediaan lebih awal, seperti melakukan
bacaan awal mengenai sesuatu tajuk. Dengan itu membolehkan pelajar memahami
konsep-konsep yang ditekankan dalam sesuatu topik. Ada juga topik yang
memerlukan melakar gambarajah, penyelesaian masalah malahan ada yang memerlukan
imaginasi sepenuhnya. Kesemua ini tidak memadai sekiranya tiada usaha daripada pelajar
sendiri.
Guru
perlu melaksanakan pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan.
Guru perlu mengutamakan contoh-contoh yang bersesuaian dan mempunyai perkaitan
dengan kehidupan seharian sehinggakan mereka mampu mengaplikasikan pengetahuan
yang diterima.
Pemantauan,
penilaian, refleksi kendiri, respon atau tindakbalas dari orang yang lebih
berpengalaman perlu dilakukan supaya rancangan pengajaran tidak menyimpang dari
landasan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Semasa
membina alat bantu mengajar, tempoh masa adalah sangat penting. Masa yang
mencukupi benar-benar diperlukan untuk membina alat bantu mengajar yang
berkualiti tinggi. Ia adalah penting untuk mengetahui sumber dari pelbagai
sumber seperti internet, artikel, buku, jurnal, dan maklumat lain yang
berkaitan. Sebaliknya, masalah utama dalam melayari internet adalah masalah talian.
Isyarat yang lemah atau rendah semasa melayari internet membuat kita sukar
untuk mendapatkan artikel, terutamanya semasa cuaca buruk seperti hujan lebat.
Untuk mengatasi masalah ini, masa perlu berpanjangan dan dilanjutkan.
Sekurang-kurangnya kita mempunyai masa untuk menguji, membuat percubaan, mengesan
serta memperbetulkan kesilapan bagi memastikan ABM/BBM benar-benar berkesan.
Barangan
canggih seperti kamera video, perisian komputer dan lain-lain berkaitan ICT
yang diperlukan untuk membina alat bantu mengajar. Malangnya, semua perkara ini
adalah agak mahal dan kita tidak dapat membayar untuk itu. Oleh itu, kita perlu
mencari sumber kewangan untuk membeli barangan yang diperlukan. Mencari sumber
kewangan adalah satu lagi kekangan untuk kita. Untuk menyelesaikan masalah ini,
ia adalah lebih baik untuk mempunyai item ICT lengkap dalam makmal komputer
kita. Jadi, pelajar dapat meminjam atau menyewa dari makmal komputer.