Islamic Widget
Wednesday, December 23, 2015
Friday, September 4, 2015
Thursday, July 2, 2015
Monday, September 22, 2014
adussss.... upsr 2014 berlubang la pulak....
Monday, September 16, 2013
Matematik..... oh........ Matematik
Para pendidik, ibubapa, maupun ahli politik bertungkus lumus menilai
punca bagi kelemahan yang ketara di bidang matematik, dan mencari penyelesaian
kepada masalah. Guru di semua peringkat
memainkan peranan penting dalam menangani kebimbangan matematik dengan
mempercayai bahawa murid mereka boleh mencapai kejayaan dalam matematik.
Tatkala mereka berjaya mengatasi kebimbangan itu, mereka boleh terus maju untuk
mengejar cita-cita yang mereka impikan. Sesunguhnya mereka mengakui bahawa:
Ø Kebimbangan matematik sememangnya
wujud di sekolah-sekolah, malahan ia memberi impak yang besar dalam bidang
akademik hari ini.
Ø Semua pihak perlu memainkan
peranan membantu murid mengenalpasti kebimbangan itu serta membantu menangani
dan mengatasinya kerana ianya memberikan kesan kesan negatif kepada kerjaya
mereka di masa depan.
Ø Guru perlu dilatih untuk
menggunakan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik serta
mengatasi kebimbangan matematik.
Antara usaha guru yang difikirkan dapat membantu mengurangkan kebimbangan
di kalangan murid pula ialah:
- mempelbagaikan gaya pembelajaran;
- mewujudkan persekitaran yang pelbagai;
- merekabentuk pengalaman di dalam kelas
matematik supaya murid merasa positif tentang diri mereka;
- membuang kepentingan ego daripada amalan
bilik darjah;
- menekankan bahawa setiap orang membuat
kesilapan dalam matematik;
- membuat matematik yang berkaitan;
- memperkasakan murid dengan membenarkan mereka
mempunyai beberapa input ke dalam penilaian mereka sendiri;
- membolehkan pendekatan yang berbeza untuk pembelajaran
matematik;
- menekankan kepentingan pemikiran yang asal, kualiti dan bukannya manipulasi hafalan formula;
- ciri-ciri matematik sebagai usaha manusia.
Hakikatnya, para pendidik, ibu bapa dan murid
perlu duduk semeja membincangkan perkara yang sesuai demi kepentingan akademik.
Guru juga perlu melihat dan menilai 10 usaha guru di atas agar seiring dengan
pencapaian murid dalam metapelajaran matematik.
Konsep Geometri
Peranan guru dalam memperkembangkan konsep geometri murid pada
amnya terbahagi kepada 4 iaitu:
- Menentukan aras pemikiran geometri murid
di mana guru seharusnya berupaya menentukan tahap pemikiran geometri murid.
Dengan itu guru boleh merangka aktiviti pembelajaran dengan lebih baik dan
teratur.
- Menstruktur proses pembelajaran geometri murid
supaya objektif pembelajaran mudah untuk dicapai. Guru harus menyediakan
suatu pengajaran yang berkesan dan meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap murid. Murid dibenarkan melakukan peneroka sendiri seterusnya
mengaitkan hasil penerokaan mereka dengan persekitaran dan melalui pengalaman
sedia ada.
- Murid diberi kebebasan berinteraksi dengan soalan.
Murid boleh mengemukakan soalan atau bertanya dalam memahami konsep. Murid
juga boleh berinteraksi sesama murid dan pada masa yang sama guru memberi
respon yang baik kepada mereka. Murid diberi peluang menyumbangkan idea
mereka, guru menerima apa sahaja pendapat mereka disamping memberikan
tunjuk ajar bagaimana hendak memberikan pendapat dan idea.
- Guru membuat penilaian dengan menggunakan strategi penilaian alternatif
seperti penglibatan sepenuhnya murid didalam penyediaan tugasan, murid
mengambil bahagian pada setiap tugasan, perbincangan kumpulan,
sumbangsaran dan sebagainya. Dengan ini
murid dan guru mampu menjadikan
matematik itu lebih bermakna.
Subscribe to:
Posts (Atom)





